Wahai diri, engkau diresahkan dengan dosa-dosamu yang lalu, maka beristighfarlah.
Ketika pulang beraya sempat menghabiskan bacaan Catatan Hati Nik Nurul Madihah. Terasa cuti pulang menyambut syawal kali ini bermakna. Bacaan tadi menguatkan lagi azam, mencambahkan lagi cita-cita ku untuk menjadi insan yang berguna demi Islam.
Madihah ni, sebabkan tiada duit, dia sanggup salin kamus bahasa Arab tau, sepatah demi sepatah dengan bantuan mak dia. Hormat!

Cuma update ringkas,
كل عام وانتم بخير ان شاء الله
Selamat Hari Raya 1430H
buat semua!
Alhamdulillah, dapat mengerti sekelumit erti
'kemenangan' daripada maksud yang lebih besar, walaupun pedih.
Sempat memungut buku-buku ini sebelum ke Jepun;

Buku ini berkenaan doa-doa yang indah yang digali dari Al-Quran dan hadith dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Seronoknya buku ini ialah kita akan dapat tahu erti doa-doa yang kita baca, membawa kepada penghayatan yang lebih jujur.

Yang ini sudah habis baca, 2,3 hari bagai di gam pada buku ini. Huh, hebat FT bersastera dalam mencungkil masalah semasa siasah bumi Malaysia. Teguran yang santai namun pedih kadangkala perlu untuk mengejutkan mereka yang lena.

Ini buku 'must read' setebal 506ms di saat diri dijurang kecundang. Tapi, sebelum baca buku ni, teringin mahu habiskan bacaan di buku Qardawi bertajuk Iman dan Kehidupan yang dibeli sebelum fly ke Jepun. Harapnya sempatlah ye...
*Masih terhengah-hengah menghabiskan mp3 'berat-berat' dari sang murobbi. Sesuatu yang benar, kita tahu benar, walaupun berat dan menakutkan. Kita makin yakin, bahawa tidaklah mudah mendamba syurga ALlah itu.
wallahualam...
