rajulussalim

Tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas dari orang yang berbicara. Bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak-Muhammad Ahmad Ar-Rasyid

年に恥ずかしい「toshi ni hazukashi」 : malu pada umur

Kita sering melakukan sesuatu dengan nada atau nafas yang bersemangat atas alasan kita mendambakan hasil yang hebat dan berkualiti. Pastinya, apabila sesuatu produk dan hasil dari kerjatangan kita, kalau memenuhi piawaian tertentu, pasti sahaja melonjakkan reputasi seseorang itu, ditambah lagi jika ia disudahkan dalam masa yang optimum dan singkat.

Dibidang kejuruteraan, seseorang itu dikatakan berkualiti jika dapat menyiapkan lakaran ideanya dengan teliti di kertas ‘design’, dalam masa yang optimum. Begitu juga halnya dengan ujikaji-ujikaji yang dijalankan, yang penting ia menghasilkan keputusan dalam masa yang ditetapkan.

Bagi menyamaratakan semua pihak, maka diwujudkan indicator-indikator untuk menentukan tahap pencapaian. Di Jepun ini popular dengan Japan Industrial Standard yang berjilid-jilid itu, dan juga di Malaysia kita ada SIRIM yang lebih dikenali dengan bangunannya di Shah Alam. Jadi, semua orang akan merujuk indikator ini bagi mengetahui perkembangan dan tahap pencapaian kajian.

Bagaimana pula kita? Sebagai seorang Islam dalam tempoh waktu yang panjang iaitu sejak lahir, apakah indikator kita? Jika saya menyebutkan Usamah bin Zaid dan Muhammad Al Fateh pasti ramai yang kerut kepala. Mengapa saya mengatakan kedua-dua insan ini berkualiti, adalah kerana merka ‘berhasil’ dalam tempoh yang singkat, dan selayaknya dijadikan indikator bagi kita semua.

Usamah, pencapaianya masih tidak ditandingi mana-mana anak muda. Diangkat oleh Rasulullah sebagai panglima perang seawal usia 18 tahun! Begitu juga Al Fateh, menawan Constantinople dalam usia 24 tahun!

Bukankah ini kualiti manusia yang kita idam-idamkan untuk kita contohi? Menghasilkan sesuatu yang beerti malah amat berkualiti dalam masa yang pendek atau optimum. Kita?

Sudah tentu, pembinaan jiwa-jiwa seperti mereka tidak berlaku dengan keadaan semulajadi. Mereka bukan setakat panglima kepada tentera, tetapi panglima juga dalam soal ibadah dan seruan kepada Allah swt. Malah Al Fateh digambarkan sebagai seorang ahli matematik yang ulung dizamannya dan imam yang terkenal juga dikalangan rakyatnya.

Contoh sudah ada, apa tunggu lagi..? Mari kita sama-sama!

0 Maklumbalas

Post a Comment

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    weReadShelf

    Powered by weRead

    Search This Blog

    Loading...